Wednesday, February 4, 2009

Ucapan tahniah diucapkan kepada penerima Tokoh Maal Hijrah 1430H iaitu Mufti Negeri Perak, YBhg S.S Dato' Seri Hj. Harussani b. Zakaria dan Ulama' Syria, Prof Dr. Wahbah b. Zuhayli. Semoga jejak langkah mereka dicontohi dan menjadi peransang kepada kita semua terutama umat Islam di Malaysia. Sebenarnya saya amat kagum dengan profil dan peribadi tokoh Maal Hijrah kali ini. Sesungguhnya mereka merupakan ulama' yang saya kagumi dan contohi sejak dahulu lagi.Kelantangan dan keberanian S.S Dato' Seri Dr. Harussani Zakaria dalam mengeluarkan fatwa sangat menarik minat saya serta ilmu yang beliau miliki. Bicara beliau dalam lembut ada ketegasan. Kata-kata beliau beliau dalam MuktamarPerhimpunan Agung Tahunan PKPIM kira-kira 4 tahun dahulu di Ipoh masih segar dalam ingatan saya. Selain itu juga beliau sering muncul dalam rancangan Soal Jawab Agama dalam Radio Ipoh. Sesungguhnya ketokohan beliau sangat saya kagumi.